Sesungguhnya aku ialah Nabi yang buta huruf, benar dan suci

TEKS BAHASA ARAB

أنا النبى الأمي الصادق الزكي، والويل كل الويل لمن كذبني وتولى عني وقاتلني، والخير كل الخير لمن آواني ونصرني وآمن بي، وصدق قولي وجاهد معي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku ialah Nabi yang buta huruf, benar dan suci. Celaka segala celakalah bagi orang yang mendustakan aku, berpaling daripadaku dan memerangiku. Manakala beruntunglah bagi orang yang mengasihiku, menolongku, beriman kepada diriku, membenarkan kata-kataku dan berjuang bersama-samaku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 464-465, hadis nombor 2493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد عمرو بن جبلة بن وائل بن الجلاح الكلبي: شخصت أنا وعاصم – رجل من بني رقاش من بني عامر- حتى أتينا النبي ﷺ، فعرض علينا الإسلام، فأسلمنا وقال: «أنا النبي الأمي الصادق الزكي، والويل كل الويل لمن كذبني وتولى عني وقاتلني، والخير كل الخير لمن آواني ونصرني وآمن بي، وصدق قولي وجاهد معي». قالا: فنحن نؤمن بك ونصدق قولك، فأسلمنا. [ابن سعد، «الضعيفة» (2965)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abd ‘Amr bin Jabalah bin Wa`il bin al-Julah al-Kalbi: Aku dan ‘Asim (seorang lelaki dari bani Riqash dan bani ‘Amir) telah berangkat sehingga kami menemui Nabi ﷺ lalu baginda memperkenalkan agama Islam kepada kami, lalu kami memeluk Islam. Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya aku ialah Nabi yang buta huruf, benar dan suci. Celaka segala celakalah bagi orang yang mendustakan aku, berpaling daripadaku dan memerangiku. Manakala beruntunglah bagi orang yang mengasihiku, menolongku, beriman kepada diriku, membenarkan kata-kataku dan berjuang bersama-samaku.” Mereka berdua menjawab: “Justeru kami beriman denganmu dan membenarkan kata-katamu, maka kami telah memeluk Islam”. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2965].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs