Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba; aku makan sebagaimana seorang hamba makan dan aku minum sebagaimana seorang hamba minum

TEKS BAHASA ARAB

إنما أنا عبد آكل كما يأكل العبد، وأشرب كما يشرب العبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba. Aku makan sebagaimana seorang hamba makan dan aku minum sebagaimana seorang hamba minum.

STATUS

Munkar dengan lafaz ‘الشرب’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 204, hadis nombor 1068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الشرب) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: أنه أتي بهدية فلم يجد شيئا يضعها عليه، فقال: ضعها على الحصي – يعني: الأرض-، ثم نزل فأكل، ثم قال: ((إنما أنا عبد آكل كما يأكل العبد، وأشرب كما يشرب العبد)). [فر، ((الضعيفة)) (3219)]

(Munkar dengan lafaz ‘الشرب’)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: Bahawa telah dikirimkan hadiah kepada Baginda, dan beliau (pemberi hadiah itu) tidak mendapati sesuatu untuk diletakkan hadiah tersebut di atasnya. Lalu Baginda SAW bersabda: Letakkanlah ia di atas tanah. Kemudian Baginda turun dan memakannya. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba. Aku makan sebagaimana seorang hamba makan dan aku minum sebagaimana seorang hamba minum.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3219]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs