TEKS BAHASA ARAB
بعثت على أثر ثمانية آلاف من الأنبياء؛ منهم أربعة آلاف نبي من بني إسرائيل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya aku diutuskan setelah lapan ribu nabi. Antara mereka ialah empat ribu nabi daripada Bani Israel.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis nombor 2842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «بعثت على أثر ثمانية آلاف من الأنبياء؛ منهم أربعة آلاف نبي من بني إسرائيل». [ابن سعد، «الضعيفة» (6090)].
(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan setelah lapan ribu nabi. Antara mereka ialah empat ribu nabi daripada Bani Israel". [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6090].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.