Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku diutuskan setelah lapan ribu nabi

Teks Bahasa Arab

بُعِثتُ علَى أثرِ ثمانيةِ آلافِ مِن الأنبياءِ؛ منهُم أربعةُ آلافِ نبيٍّ مِن بَني إسرائيلَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku diutuskan setelah lapan ribu nabi. Antara mereka ialah empat ribu nabi daripada Bani Israel.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 539, hadis no. 2842.

(ضعیف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «بعثت على أثر ثمانية آلاف من الأنبياء؛ منهم أربعة آلاف نبي من بني إسرائيل». [ابن سعد، «الضعيفة» (6090)].

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan setelah lapan ribu nabi. Antara mereka ialah empat ribu nabi daripada Bani Israel". [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Ṭabaqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6090].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.