Sesungguhnya aku diutuskan sebagai pembuka dan penutup

TEKS BAHASA ARAB

إنما بعثت فاتحا وخاتما، وأعطيت جوامع الكلم وفواتحه، واختصر لي الحديث اختصارا، فلا يهلكنكم المتهوكون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku diutuskan sebagai pembuka dan penutup, dan aku dikurniakan Jawami’ al-Kalim dan kunci pembukanya serta diringkaskan kepadaku perkataan, lalu janganlah kalian dimusnahkan oleh orang-orang yang bodoh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 833, hadis nombor 4275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي قلابة أن عمر -رضي الله عنه- مر برجل يقرأ كتابا فاستمعه ساعة فاستحسنه فقال: أتكتب لي من هذا الكتاب؟ قال: نعم، فاشترى أديما فهنأه ثم جاء به إليه فنسخ له في ظهره وبطنه ثم أتى به النبي صلى الله عليه وسلم، فجعل يقرأ عليه وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يتلون، فضرب رجل من الأنصار بيده الكتاب وقال: ثكلتك أمك يا ابن الخطاب! ألا ترى إلى وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم منذ اليوم وأنت تقرأ عليه هذا الكتاب؟! فقال النبي صلى الله عليه وسلم عند ذلك: ((إنما بعثت فاتحا وخاتما، وأعطيت جوامع الكلم وفواتحه، واختصر لي الحديث اختصارا، فلا يهلكنكم المتهوكون)).
[الهروي في ((ذم الكلام))، هب، عب، ((الضعيفة)) (2864)]

(Lemah) Daripada Abū Qilābah bahawa ‘Umar RA melewati seorang lelaki yang sedang membaca kitab lalu beliau mendengarnya sebentar dan kagum dengannya seraya berkata: Mungkinkah engkau tuliskan bagiku daripada kitab ini? Dia berkata: Ya, lalu beliau membeli kulit haiwan lalu memberikan dan mendatangkannya kepadanya dan dia menuliskan pada bahagian dalam dan luar. Kemudian beliau membawanya berjumpa Nabi SAW, lalu beliau membaca kepadanya lalu Nabi SAW berubah wajahnya. Maka seorang lelaki dalam kalangan Ansar memukul kitab itu dengan tangannya dan berkata: Celakalah engkau wahai Ibn al-Khaṭṭāb! Tidakkah engkau melihat wajah Rasulullah SAW semenjak hari ini ketika engkau membaca kitab ini? Lalu Nabi SAW bersabda pada ketika itu: Sesungguhnya aku diutuskan sebagai pembuka dan penutup, dan aku dikurniakan Jawami’ al-Kalim dan kunci pembukanya serta diringkaskan kepadaku perkataan, lalu janganlah kalian dimusnahkan oleh orang-orang yang bodoh.
[Riwayat al-Harawī dalam Żammu al-Kalām, al-Baihaqī dalam Syu‘ab al-Īmān dan ‘Abd al-Razzāq dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2864]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs