Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّما بُعِثتُ فاتحًا وخاتمًا، وأُعطيتُ جوامعَ الكَلِمِ وفواتحِه، واختُصِرَ لي الحديثُ اختِصارًا، فلا يُهلكنَّكم المتَهوِّكونَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku diutuskan sebagai pembuka dan penutup, dan aku dikurniakan Jawami’ al-Kalim dan kunci pembukanya serta diringkaskan kepadaku perkataan, lalu janganlah kalian dimusnahkan oleh orang-orang yang bodoh.
Sahabat Perawi
- Abu Qilabah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 833, hadis no. 4275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abū Qilābah bahawa ‘Umar RA melewati seorang lelaki yang sedang membaca kitab lalu beliau mendengarnya sebentar dan kagum dengannya seraya berkata: Mungkinkah engkau tuliskan bagiku daripada kitab ini? Dia berkata: Ya, lalu beliau membeli kulit haiwan lalu memberikan dan mendatangkannya kepadanya dan dia menuliskan pada bahagian dalam dan luar. Kemudian beliau membawanya berjumpa Nabi SAW, lalu beliau membaca kepadanya lalu Nabi SAW berubah wajahnya. Maka seorang lelaki dalam kalangan Ansar memukul kitab itu dengan tangannya dan berkata: Celakalah engkau wahai Ibn al-Khaṭṭāb! Tidakkah engkau melihat wajah Rasulullah SAW semenjak hari ini ketika engkau membaca kitab ini? Lalu Nabi SAW bersabda pada ketika itu: Sesungguhnya aku diutuskan sebagai pembuka dan penutup, dan aku dikurniakan Jawami’ al-Kalim dan kunci pembukanya serta diringkaskan kepadaku perkataan, lalu janganlah kalian dimusnahkan oleh orang-orang yang bodoh. [Riwayat al-Harawī dalam Żammu al-Kalām, al-Baihaqī dalam Syu‘ab al-Īmān dan ‘Abd al-Razzāq dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2864]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman