Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku diutuskan sebagai (nabi) peperangan dan rahmat

Teks Bahasa Arab

بُعِثْتُ مَرْحَمَةً ومَلْحَمَةً، ولم أُبْعَثْ تاجرًا ولا زَرَّاعًا، أَلَا وإن شِرارَ هذه الأمةِ التُّجَّارُ والزَّرَّاعُونَ، إلا مَن شَحَّ على نفسِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku diutuskan sebagai (nabi) peperangan dan rahmat. Dan aku tidak diutuskan sebagai peniaga bahkan bukan juga sebagai petani. (Ketahuilah) sesungguhnya manusia paling buruk di hari kiamat adalah para peniaga dan petani kecuali orang yang menjaga agamanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1804, hadis no. 9094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((بعثت مرحمة وملحمة، ولم أبعث تاجرا ولا زراعا، ألا وإن شرار هذه الأمة التجار والزراعون، إلا من شح على نفسه)). [ابو الشيخ في ((الطبقات))، حل، ((الضعيفة)) (1571)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan sebagai (nabi) peperangan dan rahmat. Dan aku tidak diutuskan sebagai peniaga bahkan bukan juga sebagai petani. (Ketahuilah) sesungguhnya manusia paling buruk di hari kiamat adalah para peniaga dan petani kecuali orang yang menjaga agamanya." [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Tabaqat dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1571]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.