Sesungguhnya aku diutuskan dengan membawa rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إنما بعثت رحمة ولم أبعث عذابا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku diutuskan dengan membawa rahmat, bukan diutuskan dengan membawa azab.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis nombor 9217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ أو منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قيل: يا رسول الله: ادع الله على المشركين. فقال: ((إنما بُعثتُ رحمةً ولم أبعث عَذاباً)). [ابن جرير السلماسي في ((حديث أبي علي اللحياني))، ((الضعيفة)) (3220)]

(Syaz atau Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Dikatakan: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah (kecelakaan) ke atas kaum musyrikin.” Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan dengan membawa rahmat, bukan diutuskan dengan membawa azab.” [Riwayat Ibnu Jarir al-Salmasi dalam Hadis Abū Ali al-Lihyani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3220]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs