Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup semua pintu ini kecuali pintu Ali

TEKS BAHASA ARAB

أما بعد؛ فإني أمرت بسد هذه الأبواب إلا باب علي، فقال فيه قائلكم، وإني والله ما سددت شيئا ولا فتحته، ولكني أمرت بشيء فاتبعته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup semua pintu ini kecuali pintu ‘Alī. Lalu ada orang daripada kamu berkata-kata (tentangnya) dan sesungguhnya demi Allah aku tidak akan menutup sesuatu atau membukanya (urusan pintu), tetapi aku diperintahkan sesuatu (tentang suatu arahan) lalu aku mengikutinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1817, hadis nombor 9160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن زيد بن أرقم -رضي الله عنه-، قال: كان لنفر من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم أبواب شارعة في المسجد، قال: فقال يوما: سدوا هذه الأبواب إلا باب علي، قال: فتكلم في ذلك الناس، قال: فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فحمد الله وأثنى عليه ثم قال: ((أما بعد؛ فإني أمرت بسد هذه الأبواب إلا باب علي، فقال فيه قائلكم، وإني والله ما سددت شيئا ولا فتحته، ولكني أمرت بشيء فاتبعته)). [ن في ((خصائص علي))، حم، ك، عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2929، 4953)]

(Munkar) Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata: Telah ada bagi beberapa orang dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW pintu-pintu besar ke masjid. Pada suatu hari baginda berkata: Tutuplah semua pintu ini kecuali pintu ‘Alī. Orang ramai bercakap tentang arahan itu. Kemudian Rasulullah SAW bangun, kemudian baginda memuji Allah SWT lalu bersabda: Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup semua pintu ini kecuali pintu ‘Alī. Lalu ada orang daripada kamu berkata-kata (tentangnya) dan sesungguhnya demi Allah aku tidak akan menutup sesuatu atau membukanya (urusan pintu), tetapi aku diperintahkan sesuatu (tentang suatu arahan) lalu aku mengikutinya. [Riwayat al-Nasāi dalam Khaṣāiṣ ‘Alī, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2929, 4953]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs