Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أمَّا بعدُ؛ فإنِّي أُمِرتُ بسدِّ هذه الأبوابِ إلَّا بابَ عليٍّ، فقال فيه قائلُكم، وإنِّي واللهِ ما سدَدْتُ شيئًا ولا فتحتُه، ولكنِّي أُمرتُ بشيءٍ فاتَّبعتُه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup semua pintu ini kecuali pintu ‘Alī. Lalu ada orang daripada kamu berkata-kata (tentangnya) dan sesungguhnya demi Allah aku tidak akan menutup sesuatu atau membukanya (urusan pintu), tetapi aku diperintahkan sesuatu (tentang suatu arahan) lalu aku mengikutinya.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1817, hadis no. 9160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata: Telah ada bagi beberapa orang dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW pintu-pintu besar ke masjid. Pada suatu hari baginda berkata: Tutuplah semua pintu ini kecuali pintu ‘Alī. Orang ramai bercakap tentang arahan itu. Kemudian Rasulullah SAW bangun, kemudian baginda memuji Allah SWT lalu bersabda: Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menutup semua pintu ini kecuali pintu ‘Alī. Lalu ada orang daripada kamu berkata-kata (tentangnya) dan sesungguhnya demi Allah aku tidak akan menutup sesuatu atau membukanya (urusan pintu), tetapi aku diperintahkan sesuatu (tentang suatu arahan) lalu aku mengikutinya. [Riwayat al-Nasāi dalam Khaṣāiṣ ‘Alī, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2929, 4953]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman