Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina serta syaitan yang direjam

TEKS BAHASA ARAB

هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله، اللهم! إني أعوذ بك من الخبث والخبائث والشيطان الرجيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tempat membuang air ini dihadiri (oleh syaitan). Oleh itu, apabila seseorang kamu masuk ke tandas, hendaklah dia mengucapkan: Bismillah, Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina serta syaitan yang direjam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1215, hadis nombor 6186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله، اللهم! إني أعوذ بك من الخبث والخبائث والشيطان الرجيم.
[عق، ابن السني، ((الضعيفة)) 5042]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: Sesungguhnya tempat membuang air ini dihadiri (oleh syaitan). Oleh itu, apabila seseorang kamu masuk ke tandas, hendaklah dia mengucapkan: Bismillah, Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina serta syaitan yang direjam.
[Riwayat al-'Uqaili dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5042]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.