Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kegelisahan, sedih, lemah, malas, kehinaan, kerendahan, perbuatan-perbuatan keji, zahir mahupun batin

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا صلى؛ أقبل علينا بوجهه كالقمر، فيقول: اللهم! إني أعوذ بك من الهم والحزن، والعجز والكسل، والذل والصغار، والفواحش ما ظهر منها وما بطن. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda (selesai) solat, baginda akan menghadap kami dengan wajahnya umpama purnama, lalu berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada gelisah dan sedih, lemah dan malas, hina dan rendah, kekejian-kekejian yang zahir mahupun batin daripadanya.” Kami mempelajari (doa itu) tanpa baginda mengajarkannya, kerana kerapnya baginda mengulanginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 338, hadis nombor 1773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا صلى؛ أَقْبَلَ علينا بوجهِهِ كالقَمرِ، فيقولُ: اللهمَّ! إني أعوذُ بك من الهَمِّ والحَزَنِ، والعَجْزِ والكَسَلِ، والذُّلِّ والصَّغَارِ، والفواحشِ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده)). [الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6314)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Apabila baginda (selesai) solat, baginda akan menghadap kami dengan wajahnya umpama purnama, lalu berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada gelisah dan sedih, lemah dan malas, hina dan rendah, kekejian-kekejian yang zahir mahupun batin daripadanya.” Kami mempelajari (doa itu) tanpa baginda mengajarkannya, kerana kerapnya baginda mengulanginya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du'a'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6314].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs