TEKS BAHASA ARAB
إني لأرجو إن طالت بي حياة أن أدرك عیسی ابن مريم عليه السلام، فإن عجل بي موت؛ فمن لقيه منكم؛ فليقرئه مني السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya aku berharap jika umurku panjang, untuk bertemu Nabi Isa bin Maryam AS. Namun sekiranya kematian segera menemuiku, maka sesiapa antara kalian yang menemui baginda, sampaikanlah salam kepadanya daripadaku.
STATUS
Shadz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 519, hadis nombor 2757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: «إني لأرجو إن طالت بي حياة أن أدرك عیسی ابن مريم عليه السلام، فإن عجل بي موت؛ فمن لقيه منكم؛ فليقرئه مني السلام». [حم، «الضعيفة» (5564)].
(Shadz) Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Sesungguhnya aku berharap jika umurku panjang, untuk bertemu Nabi Isa bin Maryam AS. Namun sekiranya kematian segera menemuiku, maka sesiapa antara kalian yang menemui baginda, sampaikanlah salam kepadanya daripadaku." [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5564].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.