Sesungguhnya aku benci solat antara dua tiang untuk seorang mahupun dua orang

TEKS BAHASA ARAB

إنما كرهت الصلاة بين الأساطين للواحد والاثنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku benci solat antara dua tiang untuk seorang mahupun dua orang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 320, hadis nombor 1687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Mas'ud RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه – قال: ( (إنما كرهت الصلاة بين الأساطين للواحد والاثنين)).
[طب، ((الضعيفة)) (5834) ].

(Munkar) Dari ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, dia telah berkata: Sesungguhnya aku benci solat antara dua tiang untuk seorang mahupun dua orang.
[Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5834].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs