Sesungguhnya aku benar-benar melakukan sedemikian bersama wanita ini ('Aishah), kemudian kami pun mandi

TEKS BAHASA ARAB

إن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرجل يجامع أهله ثم يكسل، هل عليهما الغسل؟ وعائشة جالسة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني لأفعل ذلك أنا وهذه ثم نغتسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki pernah bertanya Rasulullah SAW berkenaan seseorang suami yang bersetubuh dengan isterinya, kemudian dia tidak mengeluarkan mani, adakah wajib mandi kepada mereka berdua? Ketika itu ‘Aishah ada duduk bersama, lalu Rasulullah SAW pun bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar melakukan sedemikian bersama wanita ini (‘Aishah), kemudian kami pun mandi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1191, hadis nombor 6035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف مرفوعا)
عن عائشة رضي الله عنها: إن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرجل يجامع أهله ثم يكسل، هل عليهما الغسل؟ وعائشة جالسة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني لأفعل ذلك أنا وهذه ثم نغتسل.
[م، هق، ((الضعيفة)) (976)]

(Lemah secara marfu’)
Daripada ‘Aishah RA bahawa seorang lelaki pernah bertanya Rasulullah SAW berkenaan seseorang suami yang bersetubuh dengan isterinya, kemudian dia tidak mengeluarkan mani, adakah wajib mandi kepada mereka berdua? Ketika itu ‘Aishah ada duduk bersama, lalu Rasulullah SAW pun bersabda: "Sesungguhnya aku benar-benar melakukan sedemikian bersama wanita ini (‘Aishah), kemudian kami pun mandi".
[Riwayat Muslim dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 976]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.