Sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada orang yang dalam hatinya terdapat iman

TEKS BAHASA ARAB

لأشفعن يوم القيامة لمن كان في قلبه جناح بعوضة إيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar sayap nyamuk pada hari kiamat kelak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis nombor 9340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: ((لأشفعن يوم القيامة لمن كان في قلبه جناح بعوضة إيمان)). [خط، ((الضعيفة)) (٤٢٩٣)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar sayap nyamuk pada hari kiamat kelak. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4293]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs