Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَأَشْفَعَنَّ يومَ القيامةِ لِمَن كان في قلبِهِ جَناحُ بَعُوضةٍ إيمانٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar sayap nyamuk pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1850, hadis no. 9340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: ((لأشفعن يوم القيامة لمن كان في قلبه جناح بعوضة إيمان)). [خط، ((الضعيفة)) (٤٢٩٣)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar sayap nyamuk pada hari kiamat kelak. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4293]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman