Sesungguhnya akhlak yang baik akan meleburkan dosa-dosa sebagaimana panas matahari meleburkan ais

TEKS BAHASA ARAB

إن حسن الخلق ليذيب الخطيئة كما تذيب الشمس الجليد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akhlak yang baik akan meleburkan dosa-dosa sebagaimana panas matahari meleburkan ais.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis nombor 4. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن حسن الخلق ليذيب الخطيئة كما تذيب الشمس الجليد)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (442)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya akhlak yang baik akan meleburkan dosa-dosa sebagaimana panas matahari meleburkan ais.
[Riwayat al-Khara’ithi dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.442]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.