Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ حُسْنَ الخُلُقِ ليُذيبُ الخطيئةَ كما تُذيبُ الشمسُ الجليدَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akhlak yang baik akan meleburkan dosa-dosa sebagaimana panas matahari meleburkan ais.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis no. 4. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن حسن الخلق ليذيب الخطيئة كما تذيب الشمس الجليد)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (442)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya akhlak yang baik akan meleburkan dosa-dosa sebagaimana panas matahari meleburkan ais. [Riwayat al-Khara’ithi dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.442]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman