Sesungguhnya akhlak ini adalah daripada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إن هذه الأخلاق من الله، فمن أراد الله به خيراً منحه خلقاً حسناً، ومن أراد به سوءاً منحه خلقاً سيئاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akhlak ini adalah daripada Allah SWT. Maka sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya kebaikan, Allah SWT akan kurniakan dia dengan akhlak yang baik. Dan sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya keburukan, Allah SWT akan berikan kepadanya akhlak yang buruk.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis nombor 211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن هذه الأخلاق من الله، فمن أراد الله به خيراً منحه خلقاً حسناً، ومن أراد به سوءاً منحه خلقاً سيئاً)). [طس، ((الضعيفة)) (3244)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya akhlak ini adalah daripada Allah SWT. Maka sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya kebaikan, Allah SWT akan kurniakan dia dengan akhlak yang baik. Dan sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya keburukan, Allah SWT akan berikan kepadanya akhlak yang buruk)).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3244.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs