Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن هذه الأخلاقَ من اللهِ، فمن أراد اللهُ به خيرًا مَنَحَهُ خُلُقًا حَسَنًا، ومن أراد به سوءًا مَنَحَهُ خُلُقًا سيئًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akhlak ini adalah daripada Allah SWT. Maka sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya kebaikan, Allah SWT akan kurniakan dia dengan akhlak yang baik. Dan sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya keburukan, Allah SWT akan berikan kepadanya akhlak yang buruk.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis no. 211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن هذه الأخلاق من الله، فمن أراد الله به خيراً منحه خلقاً حسناً، ومن أراد به سوءاً منحه خلقاً سيئاً)). [طس، ((الضعيفة)) (3244)]
(Terlalu Daif) Daripada Abū Hurayrah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya akhlak ini adalah daripada Allah SWT. Maka sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya kebaikan, Allah SWT akan kurniakan dia dengan akhlak yang baik. Dan sesiapa yang Allah SWT mahukan buat dirinya keburukan, Allah SWT akan berikan kepadanya akhlak yang buruk)). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3244.]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman