Sesungguhnya akhlak-akhlak yang baik itu disimpan di sisi Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن محاسن الأخلاق مخزونة عند الله، فإذا أحب الله عبدا منحه خلقا حسنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akhlak-akhlak yang baik itu disimpan di sisi Allah. Apabila Allah mencintai seseorang hamba, Dia akan memberikan kepadanya akhlak yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151 hadis nombor 760. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن رجال قالوا: قال صلى الله عليه وسلم: إن محاسن الأخلاق مخزونة عند الله، فإذا أحب الله عبدا منحه خلقا حسنا.
[ابن أبي الدنيا في ((مكارم الأخلاق))، الحكيم الترمذي، ((الضعيفة)) (7118)]

(Lemah)
Daripada beberapa orang lelaki (dalam kalangan para sahabat), mereka berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya akhlak-akhlak yang baik itu disimpan di sisi Allah. Apabila Allah mencintai seseorang hamba, Dia akan memberikan kepadanya akhlak yang baik.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Makarim al-Akhlak dan al-Hakim al-Tirmidzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7118]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.