Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أما إنَّهُ سيَكثرُ لَكم منَ الخفافِ. قالوا: كيفَ نصنعُ؟ قالَ: تمسحونَ عليها وتصلُّونَ.
Teks Bahasa Melayu
Ingatlah sesungguhnya akan ramai dalam kalangan kamu yang memiliki khuf. Mereka bertanya: Bagaimana kami lakukannya? Baginda menjawab: Kamu sapu di atasnya dan kamu solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mughaffal al-Muzanniy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1220, hadis no. 6212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عبد الله بن المغفل المزني رضي الله عنه، قال: أول من رأيت عليه خفين في الإسلام المغيرة بن شعبة، أتانا ونحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، وعليه خفان أسودان، فجعلنا ننظر إليهما، ونعجب منهما، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما إنه سيكثر لكم من الخفاف. قالوا: كيف نصنع؟ قال: تمسحون عليها وتصلون. [الطيالسي، ((الضعيفة)) (6424)].
(Sangat lemah) Daripada 'Abdullah bin Mughaffal al-Muzanniy RA, katanya: Orang pertama yang aku lihat memakai dua khuf (kasut kulit yang menutupi kaki hingga buku lali) dalam Islam adalah al-Mughirah bin Shu'bah; Beliau datang kepada kami sewaktu kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika itu beliau memakai dua khuf hitam. Kami pun melihat kepada kedua khuf beliau dan kami merasa kagum terhadap kedua khuf tersebut. Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: Ingatlah sesungguhnya akan ramai dalam kalangan kamu yang memiliki khuf. Mereka bertanya: Bagaimana kami lakukannya? Baginda menjawab: Kamu sapu di atasnya dan kamu solat. [Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6424].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman