Sesungguhnya akan lahir seorang anak lelaki untukmu selepas ketiadaanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

(( إنه سيولد لك بعدي ولد، فسمه باسمي وكنه بكنيتي )) قاله لعلي. فكانت رخصة من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لعلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan lahir seorang anak lelaki untukmu selepas ketiadaanku. Maka namakanlah dia dengan namaku dan berilah kuniyah dengan kuniyahku. Baginda mengucapkan perkara tersebut kepada ‘Ali. Ini ialah keringanan dari Rasulullah SAW untuk ‘Ali sahaja.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1891, hadis nombor 9519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر بهذا اللفظ) عن ابن الحنفية، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إنه سيولد لك بعدي ولد، فسمه باسمي وكنه بكنيتي)) قاله لعلي. فكانت رخصة من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لعلي. [ابن أبي خيثمة في (تاريخه)، ((الضعيفة)) (5451)] .

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Ibnu Al-Hanifah, dia berkata: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya akan lahir seorang anak lelaki untukmu selepas ketiadaanku. Maka namakanlah dia dengan namaku dan berilah kuniyah dengan kuniyahku.” Baginda mengucapkan perkara tersebut kepada ‘Ali. Ini ialah keringanan dari Rasulullah SAW untuk ‘Ali sahaja. [Riwayat Ibnu Abi Khaysamah dalam kitab al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no: 5451]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.