Sesungguhnya akan dilahirkan seorang bayi untuk kamu selepas kewafatanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه سيولد لك بعدي ولد فسمه باسمي وكنه بكنيتي. قاله لعلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan dilahirkan seorang bayi untuk kamu selepas kewafatan saya, maka namakanlah dia dengan nama saya, dan berikan dia gelaran dengan gelaran saya. Baginda mengucapkannya kepada ‘Ali.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1061, hadis nombor 5421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن ابن الحنفية قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنه سيولد لك بعدي ولد فسمه باسمي وكنه بكنيتي. قاله لعلي فكانت رخصة من رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي. [ابن أبي خثيمة في تاريخه، الضعيفة 5451]

(Munkar dengan lafaz ini): Daripada Ibn al-Hanafiyyah, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya akan dilahirkan seorang bayi untuk kamu selepas kewafatan saya, maka namakanlah dia dengan nama saya, dan berikan dia gelaran dengan gelaran saya. Baginda mengucapkannya kepada ‘Ali; justeru ia merupakan keringanan khas untuk ‘Ali. [Riwayat Ibn Abu Khaithamah dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5451)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.