Munkar Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنه سَيُولَدُ لك بعدي ولدٌ فسَمِّهِ باسْمِي وكَنِّهِ بكُنْيَتِي. قاله لعَلِيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akan dilahirkan seorang bayi untuk kamu selepas kewafatan saya, maka namakanlah dia dengan nama saya, dan berikan dia gelaran dengan gelaran saya. Baginda mengucapkannya kepada ‘Ali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1061, hadis no. 5421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن ابن الحنفية قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنه سيولد لك بعدي ولد فسمه باسمي وكنه بكنيتي. قاله لعلي فكانت رخصة من رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي. [ابن أبي خثيمة في تاريخه، الضعيفة 5451]
(Munkar dengan lafaz ini): Daripada Ibn al-Hanafiyyah, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya akan dilahirkan seorang bayi untuk kamu selepas kewafatan saya, maka namakanlah dia dengan nama saya, dan berikan dia gelaran dengan gelaran saya. Baginda mengucapkannya kepada ‘Ali; justeru ia merupakan keringanan khas untuk ‘Ali. [Riwayat Ibn Abu Khaithamah dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5451)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman