Sesungguhnya akan dibuka kepada kalian tanah bangsa selain Arab dan kalian akan mendapati padanya terdapat rumah-rumah yang disebut sebagai bilik-bilik mandi

TEKS BAHASA ARAB

إنها ستفتح لكم أرض العجم، وستجدون فيها بيوتا يقال لها: الحمامات، فلا يدخلنها الرجال إلا بالأزر، وامنعوها النساء، إلا مريضة أو نفساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan dibuka kepada kalian tanah bangsa selain Arab dan kalian akan mendapati padanya terdapat rumah-rumah yang disebut sebagai bilik-bilik mandi. Jangan sekali-kali orang lelaki memasukinya melainkan dengan kain bawah dan tegahlah orang perempuan daripada memasukinya, kecuali wanita yang sakit atau wanita yang mengalami nifas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis nombor 1270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «إنها ستفتح لكم أرض العجم، وستجدون فيها بيوتاً يقال لها: الحمامات، فلا يدخلنها الرجال إلا بالأزر، وامنعوها النّساء، إلا مريضة أو نفساء». [د، هـ، هق، هب، طب، عب، عبد بن حميد، الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (6819)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya akan dibuka kepada kalian tanah bangsa selain Arab dan kalian akan mendapati padanya terdapat rumah-rumah yang disebut sebagai bilik-bilik mandi. Jangan sekali-kali orang lelaki memasukinya melainkan dengan kain bawah dan tegahlah orang perempuan daripada memasukinya, kecuali wanita yang sakit atau wanita yang mengalami nifas". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan Shu’ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 'Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, ‘Abd bin Humayd dan al-Khatib dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6819].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs