Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّهَا سَتُفْتَحُ لَكُمْ أَرْضُ الْعَجَمِ، وَسَتَجِدُونَ فِيهَا بُيُوتًا يُقَالُ لَهَا: الْحَمَّامَاتُ، فَلَا يَدْخُلَنَّهَا الرِّجَالُ إِلَّا بِالْأُزُرِ، وَامْنَعُوهَا النِّسَاءَ، إِلَّا مَرِيضَةً أَوْ نُفَسَاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akan dibuka kepada kalian tanah bangsa selain Arab dan kalian akan mendapati padanya terdapat rumah-rumah yang disebut sebagai bilik-bilik mandi. Jangan sekali-kali orang lelaki memasukinya melainkan dengan kain bawah dan tegahlah orang perempuan daripada memasukinya, kecuali wanita yang sakit atau wanita yang mengalami nifas.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-'As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis no. 1270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «إنها ستفتح لكم أرض العجم، وستجدون فيها بيوتاً يقال لها: الحمامات، فلا يدخلنها الرجال إلا بالأزر، وامنعوها النّساء، إلا مريضة أو نفساء». [د، هـ، هق، هب، طب، عب، عبد بن حميد، الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (6819)].
(Daif) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya akan dibuka kepada kalian tanah bangsa selain Arab dan kalian akan mendapati padanya terdapat rumah-rumah yang disebut sebagai bilik-bilik mandi. Jangan sekali-kali orang lelaki memasukinya melainkan dengan kain bawah dan tegahlah orang perempuan daripada memasukinya, kecuali wanita yang sakit atau wanita yang mengalami nifas". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan Shu’ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 'Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, ‘Abd bin Humayd dan al-Khatib dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6819].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman