Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّهَا سَتُفْتَحُ لَكُمْ أَرْضُ الْعَجَمِ، وَسَتَجِدُونَ فِيهَا بُيُوتًا يُقَالُ لَهَا: الْحَمَّامَاتُ، فَلَا يَدْخُلَنَّهَا الرِّجَالُ إِلَّا بِالْأُزُرِ، وَامْنَعُوهَا النِّسَاءَ، إِلَّا مَرِيضَةً أَوْ نُفَسَاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akan dibuka (ditakluki) untuk kamu tanah-tanah orang ‘ajam (bukan Arab), dan kamu akan mendapati padanya rumah-rumah yang disebut sebagai : tandas-tandas. Maka janganlah orang-orang lelaki masuk ke dalamnya kecuali dengan memakai kain. Dan halanglah orang perempuan dari memasukinya, kecuali orang perempuan yang sakit ataupun perempuan yang dalam keadaan nifas.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 153 - 154, hadis no. 771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّهَا سَتُفْتَحُ لَكُمْ أَرْضُ الْعَجَمِ، وَسَتَجِدُونَ فِيهَا بُيُوتًا يُقَالُ لَهَا: الْحَمَّامَاتُ، فَلَا يَدْخُلَنَّهَا الرِّجَالُ إِلَّا بِالْأُزُرِ، وَامْنَعُوهَا النِّسَاءَ، إِلَّا مَرِيضَةً أَوْ نُفَسَاءَ)). [د، ه، هب، طب، عد، عبد بن حميد في ((الموضيح))، ((الضعيفة)) (6819)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya akan dibuka (ditakluki) untuk kamu tanah-tanah orang ‘ajam (bukan Arab), dan kamu akan mendapati padanya rumah-rumah yang disebut sebagai : tandas-tandas. Maka janganlah orang-orang lelaki masuk ke dalamnya kecuali dengan memakai kain. Dan halanglah orang perempuan dari memasukinya, kecuali orang perempuan yang sakit ataupun perempuan yang dalam keadaan nifas’’. [Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn ‘Adi dan ‘Abd bin Humayd dalam al-Mudhih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6819]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman