Sesungguhnya akan dibuka (ditakluki) untuk kamu tanah-tanah orang ‘ajam (bukan Arab)

TEKS BAHASA ARAB

إنها ستفتح لكم أرض العجم، وستجدون فيها بيوتا يقال لها: الحمامات، فلا يدخلنها الرجال إلا بالأزر، وامنعوها النساء، إلا مريضة أو نفساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan dibuka (ditakluki) untuk kamu tanah-tanah orang ‘ajam (bukan Arab), dan kamu akan mendapati padanya rumah-rumah yang disebut sebagai: Tempat mandi awam. Maka janganlah orang-orang lelaki masuk ke dalamnya kecuali dengan memakai kain. Dan halanglah orang perempuan daripada memasukinya, kecuali orang perempuan yang sakit ataupun perempuan yang dalam keadaan nifas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 153 hadis nombor 771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إنها ستفتح لكم أرض العجم، وستجدون فيها بيوتا يقال لها: الحمامات، فلا يدخلنها الرجال إلا بالأزر، وامنعوها النساء، إلا مريضة أو نفساء.
[د، ه، هب، طب، عد، عبد بن حميد في ((الموضيح))، ((الضعيفة)) (6819)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya akan dibuka (ditakluki) untuk kamu tanah-tanah orang ‘ajam (bukan Arab), dan kamu akan mendapati padanya rumah-rumah yang disebut sebagai: Tempat mandi awam. Maka janganlah orang-orang lelaki masuk ke dalamnya kecuali dengan memakai kain. Dan halanglah orang perempuan daripada memasukinya, kecuali orang perempuan yang sakit ataupun perempuan yang dalam keadaan nifas.
[Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn ‘Adi dan ‘Abd bin Humayd dalam al-Mudhih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6819]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs