TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن سؤر الفأرة وإلقاء القملة وهي حية والبول في الماء الراكد وأكل التفاح تؤثر النسيان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya air liur tikus, membuang kutu yang hidup, kencing di tempat air yang tenang, dan makan epal boleh membawa penyakit lupa.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 185, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وهو موضوع آفته: الحكم بن عبد الله.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), sedangkan ia palsu, kecacatannya ialah Al-Hakam bin Abdullah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.