Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya air liur tikus, membuang kutu yang hidup, kencing di tempat air yang tenang,

Teks Bahasa Arab

حديث: إن سؤر الفأرة وإلقاء القملة وهي حية والبول في الماء الراكد وأكل التفاح تؤثر النسيان.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya air liur tikus, membuang kutu yang hidup, kencing di tempat air yang tenang, dan makan epal boleh membawa penyakit lupa.

Sahabat Perawi

  1. Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 185, hadis no. 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وهو موضوع آفته: الحكم بن عبد الله.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), sedangkan ia palsu, kecacatannya ialah Al-Hakam bin Abdullah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.