Sesungguhnya ahli syurga saling ziarah-menziarahi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أهل الجنة يتزاورون على ‌النجائب، بيض كأنهن الياقوت، وليس في الجنة شيء من البهائم إلا الإبل والطير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli syurga saling ziarah-menziarahi dengan menaiki unta-unta yang terbaik, ia putih seumpama batu permata. Tiada di dalam syurga suatu pun dari binatang ternakan kecuali unta dan juga burung.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 660, hadis nombor 3404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن أهل الجنة يتزاورون على ‌النجائب، بيض كأنهن الياقوت، وليس في الجنة شيء من البهائم إلا الإبل والطير)). [طب، ((الضعيفة)) (3172)]

(Lemah) Daripada Abu Ayyub RA secara marfu’: “Sesungguhnya ahli syurga saling ziarah-menziarahi dengan menaiki unta-unta yang terbaik, ia putih seumpama batu permata. Tiada di dalam syurga suatu pun dari binatang ternakan kecuali unta dan juga burung.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3172]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.