TEKS BAHASA ARAB
حديث: ورد في الطبراني. من: أن أهل الجنة جرد مرد إلا موسى فإن له لحية تضرب إلى سرته. وما ذكره القرطبي أن ذلك ورد في حق هارون أخيه، ويروى في حق ابن آدم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: diriwayatkan al-Tabarani Sesungguhnya ahli syurga mulus dan tidak berbulu melainkan Musa. Beliau memiliki janggut yang panjang hingga mencapai pusatnya. Juga apa yang disebutkan oleh al-Qurtubi bahawa hal itu terjadi pada Harun, saudara Musa dan turut diriwayatkan terjadi pada anak Adam.
STATUS
Tidak Thabit
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 53, hadis nombor 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ولا يثبت من ذلك شيء ذكره في مختصر المقاصد.
Tidak thabit satu pun hadith tentang perkara tersebut sebagaimana yang beliau sebutkan dalam Mukhtasar al-Maqasid.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.