Tidak Thabit

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ahli syurga mulus dan tidak berbulu

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: ورد فِي الطَّبَرَانِيّ. من: أَن أهل الْجنَّة جرد مرد إِلَّا مُوسَى فَإِن لَهُ لحَيَّة تضرب إِلَى سرته. وَمَا ذكره الْقُرْطُبِيّ أَن ذَلِك ورد فِي حق هَارُون أَخِيه، ويروى فِي حق ابْن آدم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: diriwayatkan al-Tabarani Sesungguhnya ahli syurga mulus dan tidak berbulu melainkan Musa. Beliau memiliki janggut yang panjang hingga mencapai pusatnya. Juga apa yang disebutkan oleh al-Qurtubi bahawa hal itu terjadi pada Harun, saudara Musa dan turut diriwayatkan terjadi pada anak Adam.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Thabit

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 53, hadis no. 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ولا يثبت من ذلك شيء ذكره في مختصر المقاصد.

Tidak thabit satu pun hadis tentang perkara tersebut sebagaimana yang beliau sebutkan dalam Mukhtasar al-Maqasid.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.