Sesungguhnya ahli syurga memerlukan para ulama

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء كما يحتاجون إليهم في الدنيا؛ وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة فيقال لهم: تمنوا، فيقولون: وماذا نتمنى وقد أدخلنا الجنة وأعطينا ما أعطينا؟! فيقال لهم: تمنوا، فيأتون العلماء فيقولون: ماذا نتمنى؟ فيقول لهم العلماء: تمنوا كذا وكذا، وتمنوا كذا وكذا. فهم محتاجون إليهم في الجنة كما هم محتاجون إليهم في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli syurga memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama di dunia. Ini adalah kerana mereka menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat, dan dikatakan kepada mereka: "Bercita-citalah." Lalu mereka bertanya: "Apakah yang patut kami cita-citakan sedangkan kami sudah memasuki syurga dan kami telah diberikan apa yang diberikan kepada kami?" Lalu dikatakan kepada mereka: "Bercita-citalah." Lalu mereka datang kepada para ulama dan mereka bertanya: "Apakah yang patut kami cita-citakan?" Lalu para ulama berkata kepada mereka: Bercita-citalah begitu dan begini, begitu dan begini." Mereka memerlukan para ulama di syurga seperti mana mereka memerlukan ulama di dunia.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 659, hadis nombor 3402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء كما يحتاجون إليهم في الدنيا؛ وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة فيقال لهم: تمنوا، فيقولون: وماذا نتمنى وقد أدخلنا الجنة وأعطينا ما أعطينا؟! فيقال لهم: تمنوا، فيأتون العلماء فيقولون: ماذا نتمنى؟ فيقول لهم العلماء: تمنوا كذا وكذا، وتمنوا كذا وكذا. فهم محتاجون إليهم في الجنة كما هم محتاجون إليهم في الدنيا)). [فر، ابن عساكر، ابن الوليبي في ((فضل العلم وفضل حملته))، ((الضعيفة)) (3171)]

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’: “Sesungguhnya ahli syurga memerlukan para ulama sebagaimana mereka memerlukan para ulama di dunia. Ini adalah kerana mereka menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat, dan dikatakan kepada mereka: "Bercita-citalah." Lalu mereka bertanya: "Apakah yang patut kami cita-citakan sedangkan kami sudah memasuki syurga dan kami telah diberikan apa yang diberikan kepada kami?" Lalu dikatakan kepada mereka: "Bercita-citalah." Lalu mereka datang kepada para ulama dan mereka bertanya: "Apakah yang patut kami cita-citakan?" Lalu para ulama berkata kepada mereka: Bercita-citalah begitu dan begini, begitu dan begini." Mereka memerlukan para ulama di syurga seperti mana mereka memerlukan ulama di dunia.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Ibn al-Waalibi dalam Fadhl al-’Ilmi wa Fadhl Hamlatih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3171]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs