Sesungguhnya ahli neraka akan membesar di dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل النار يعظمون في النار، حتى يصير ما بين شحمة أذن أحدهم إلى عاتقه مسيرة سبع مئة عام، وغلظ جلد أحدهم أربعين (وفي رواية: سبعين) ذراعا، ‌وضرسه ‌أعظم من جبل أحد

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli neraka akan membesar di dalam neraka, sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang daripada mereka ke bahunya adalah sejauh 700 tahun. Manakala tebal kulitnya pula adalah 40 (dalam riwayat: 70) hasta, dan gigi gerahamnya adalah lebih besar dari bukit Uhud.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 660, hadis nombor 3405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن أهل النار يعظمون في النار، حتى يصير ما بين شحمة أذن أحدهم إلى عاتقه مسيرة سبع مئة عام، وغلظ جلد أحدهم أربعين (وفي رواية: سبعين) ذراعا، ‌وضرسه ‌أعظم من جبل أحد)). [طب، حم، عد، ((الصعيفة)) (3174)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesungguhnya ahli neraka akan membesar di dalam neraka, sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang daripada mereka ke bahunya adalah sejauh 700 tahun. Manakala tebal kulitnya pula adalah 40 (dalam riwayat: 70) hasta, dan gigi gerahamnya adalah lebih besar dari bukit Uhud.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ahmad dalam Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3174]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs