Sesungguhnya ahli keluarga itu apabila mereka saling berhubungan

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل البيت إذا تواصلوا أجرى الله عليهم الرزق وكانوا في كنف الرحمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli keluarga itu apabila mereka saling berhubungan, Allah SWT akan mengalirkan rezeki kepada mereka dan mereka berada di dalam pemeliharaan al-Raḥmān (Allah SWT).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis nombor 197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن أهل البيت إذا تواصلوا أجرى الله عليهم الرزق وكانوا في كنف الرحمن)).
[عق، عد، تمام في ((فوائده))، أبو الحسن النعالي في ((جزء من حديثه))، أبو القاسم الحلبي في ((حديث ابن السقا))، ابن عساكر، فر، ((الضعيفة)) (3169)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya ahli keluarga itu apabila mereka saling berhubungan, Allah SWT akan mengalirkan rezeki kepada mereka dan mereka berada di dalam pemeliharaan al-Rahman (Allah SWT).
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Tammām al-Rāzī dalam al-Fawā’id, Abū al-Ḥasan al-Ni‘ālī dalam juzuk daripada hadis beliau, Abū al-Qāsim al-Ḥalabī dalam Ḥadīṭḥ Ibn al-Saqā, Ibn ‘Asakir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3169]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs