Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أهلَ البيتِ إذا تواصلوا أجْرَى اللهُ عليهم الرزقَ وكانوا في كَنَفِ الرحمنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya ahli keluarga itu apabila mereka saling berhubungan, Allah SWT akan mengalirkan rezeki kepada mereka dan mereka berada di dalam pemeliharaan al-Raḥmān (Allah SWT).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 49, hadis no. 197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن أهل البيت إذا تواصلوا أجرى الله عليهم الرزق وكانوا في كنف الرحمن)). [عق، عد، تمام في ((فوائده))، أبو الحسن النعالي في ((جزء من حديثه))، أبو القاسم الحلبي في ((حديث ابن السقا))، ابن عساكر، فر، ((الضعيفة)) (3169)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya ahli keluarga itu apabila mereka saling berhubungan, Allah SWT akan mengalirkan rezeki kepada mereka dan mereka berada di dalam pemeliharaan al-Rahman (Allah SWT). [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Tamām al-Rāzī dalam al-Fawā’id, Abū al-Ḥasan al-Ni‘ālī dalam juzuk daripada hadis beliau, Abū al-Qāsim al-Ḥalabī al-Sirāj dalam Ḥadīṭḥ Ibn al-Saqā, Ibn ‘Asakir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3169]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman