TEKS BAHASA ARAB
إن هذا الدين متين، فأوغلوا فيه برفق، ولا تبغض إلى نفسك عبادة ربك، فإن المنبت لا سفرا قطع، ولا ظهرا أبقى، فاعمل عمل امرىء يظن أن لن يموت أبدا، واحذر حذرا يخشى أن يموت غدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya agama ini kukuh, maka dalamilah ia dengan kesantunan dan janganlah membenci diri kamu (dalam) beribadah kepada Tuhan kamu. Kerana sesungguhnya orang yang melelahkan tunggangannya itu tidak melintasi (jarak) perjalanan dan tidak pula tersisa apa-apa tunggangan. Justeru kerjakanlah amalan (umpama) orang yang menyangka dia tidak akan mati selama-lamanya dan berwaspadalah (umpama orang) yang bimbang dia akan mati pada besok hari.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459-460, hadis nombor 2463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنه- مرفوعا: «إن هذا الدين متين، فأوغلوا فيه برفق، ولا تبغض إلى نفسك عبادة ربك، فإن المنبت لا سفرا قطع، ولا ظهرا أبقى، فاعمل عمل امرىء يظن أن لن يموت أبدا، واحذر حذرا يخشى أن يموت غدا». [هق، هب، «الضعيفة» (2480)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Sesungguhnya agama ini kukuh, maka dalamilah ia dengan kesantunan dan janganlah membenci diri kamu (dalam) beribadah kepada Tuhan kamu. Kerana sesungguhnya orang yang melelahkan tunggangannya itu tidak melintasi (jarak) perjalanan dan tidak pula tersisa apa-apa tunggangan. Justeru kerjakanlah amalan (umpama) orang yang menyangka dia tidak akan mati selama-lamanya dan berwaspadalah (umpama orang) yang bimbang dia akan mati pada besok hari.” [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2480].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.