Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن آدم قام خطيبا في أربعين ألفا من ولده وولد ولده، وقال: إن ربي عهد إلي فقال: يا آدم! أقلل كلامك ترجع إلى جواري
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Adam berdiri sebagai khatib kepada 40 ribu anaknya, anak kepada anaknya. Dia berkata: Sesungguhnya Tuhanku telah berjanji denganku lalu berkata: Wahai Adam! Kurangkan ucapanmu, dan kamu akan datang ke sisiku (dekat dengan-Ku).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1678, hadis no. 8465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Musa al-Madini dalam Muntaha Raghabat al-Sami’in
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman