Sesungguhnya ada syaitan di antara langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن شيطانا بين السماء والأرض يقال له: الولهان، معه ثمانية أمثال ولد آدم من الجنود، وله خليفة يقال له: خنذب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya ada syaitan di antara langit dan bumi yang bernama al-Walahan. Bersamanya lapan pengawal dalam rupa seperti manusia. Dia juga ada seorang khalifah yang bernama Khanzab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 52, hadis nombor 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الجوزي: موضوع.

Ibn al-Jauzi berkata: Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs