Sesungguhnya ada suatu zaman selepas kalian, orang yang berkedudukan rendah dalam kalangan mereka ialah para muazin mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن من بعدكم زمانا سفلتهم مؤذنوهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ada suatu zaman selepas kalian, orang yang berkedudukan rendah dalam kalangan mereka ialah para muazin mereka.

STATUS

Shadz dengan sebutan bahagian kedua hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 371, hadis nombor 1972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بذكر الشطر الثاني منه) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن، اللهم أرشد الأئمة واغفر للمؤذنين» قال: فقال رجل: يا رسول الله! لقد تركتنا ونحن نتنافس في الأذان بعدك؟ قال: «إن من بعدكم زمانا سفلتهم مؤذنوهم». [البزار، أبو الشيخ في «طبقات الأصبهانيين»، الدارالقطني في «العلل»، هق، «الضعيفة» (6806)].

(Shadz Dengan Sebutan Bahagian Kedua Hadis) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Imam itu ialah penjamin dan muazin pula ialah pemegang amanah. Ya Allah, bimbinglah para imam dan ampunilah bagi para muazin". Beliau berkata: Lalu seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah, (adakah) kamu telah meninggalkan kami, namun kami bersaing untuk azan selepas ketiadaanmu?". Baginda menjawab: "Sesungguhnya ada suatu zaman selepas kalian, orang yang berkedudukan rendah dalam kalangan mereka ialah para muazin mereka". [Riwayat al-Bazzar, Abu al-Shaykh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, al-Daraqutni dalam al-'Ilal dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6806].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs