Batil lagi munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ada seorang lelaki daripada umat ini yang masuk syurga sebelum kematiannya

Teks Bahasa Arab

يدخلُ رجلٌ مِن هذه الأمَّةِ الجَنَّةَ قبلَ مَوْتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya ada seorang lelaki daripada umat ini yang masuk syurga sebelum kematiannya.

Sahabat Perawi

  1. Sharīk bin Khubāshah al-Numayrī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil lagi munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 531, hadis no. 2812.

(باطل منکر) عن شريك بن خباشة النميري - رضي الله عنه - أنه ذهب يستسقي في (جب سلیمان) الذي في بيت المقدس، فانقطع دلوه، فنزل الجب ليخرجه، فبينما هو يطلبه في نواحي الجب، إذ هو بشجرة، فتناول ورقة من الشجرة، فأخرجها معه، فإذا ليست من شجر الدنيا (!) فأتى بها عمر بن الخطاب، فقال: أشهد أن هذا لهو الحق، سمعت رسول الله ﷺ يقول: «يدخل رجل من هذه الأمة الجنة قبل موته». فجعل الورقة بين دفتي المصحف. [ابن حبان في «الثقات»، الطبراني في «مسند الشاميين»، ابن عساکر، «الضعيفة» (5571)].

(Batil lagi Munkar) Daripada Sharīk bin Khubāshah al-Numayrī RA bahawa beliau telah pergi mengambil air minum di perigi Sulaiman yang berada di Baitulmuqaddis. Lalu timbanya terputus, lantas beliau turun ke dalam perigi untuk mengeluarkannya. Ketika beliau sedang mencarinya di sudut-sudut perigi, tiba-tiba beliau berada di sebuah pokok. Maka beliau pun mengambil sehelai daun daripada pokok tersebut dan membawanya keluar bersamanya. Namun ternyata ia bukan daripada pokok dunia! Maka dia membawa daun itu bertemu Umar bin al-Khaṭṭāb RA lalu beliau berkata: “Aku bersaksi bahawa ini adalah benar. Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya ada seorang lelaki daripada umat ini yang masuk syurga sebelum kematiannya”. Maka beliau pun meletakkan daun itu di antara kulit al-Quran. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt, al-Ṭabarānī dalam Musnad al-Shāmiyyīn dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5571].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.