Sesungguhnya ada satu malaikat yang ditugaskan untuk al-Qur’an

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن ملكا موكل بالقرآن، فمن قرأ منه ‌شيئا ‌لم ‌يقومه، قومه الملك، ورفعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ada satu malaikat yang ditugaskan untuk al-Qur’an. Sesiapa yang membaca sesuatu daripadanya (al-Qur’an) yang dia belum mampu perbetulkan, nescaya malaikat tersebut akan perbetulkan dan mengangkatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 588, hadis nombor 3019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ ملكاً موكل بالقرآن، فمن قرأ منه ‌شيئاً ‌لم ‌يقومه قوَّمَه الملك، ورفعه)) . [السمان في ((مشيخته))، الرافعي، ((الضعيفة)) (3255)، (7121)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesungguhnya ada satu malaikat yang ditugaskan untuk al-Qur’an. Sesiapa yang membaca sesuatu daripadanya (al-Qur’an) yang dia belum mampu perbetulkan, nescaya malaikat tersebut akan perbetulkan dan mengangkatnya. [Riwayat Abu Sa'id al-Samman dalam Mashyakhahnya, Riwayat al-Rafi'i dalam Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3255, 7121].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.