Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ada satu malaikat yang ditugaskan untuk al-Qur’an

Teks Bahasa Arab

إنَّ مَلَكًا مُوَكَّلٌ بِالْقُرْآنِ فَمَنْ قَرَأَ مِنْهُ شَيْئًا لَمْ يُقَوِّمْهُ، قَوَّمَهُ الْمَلَكُ وَرَفَعَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya ada satu malaikat yang ditugaskan untuk al-Qur’an. Sesiapa yang membaca sesuatu daripadanya (al-Qur'an) yang dia belum mampu perbetulkan, nescaya malaikat tersebut akan perbetulkan dan mengangkatnya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 588, hadis no. 3019.

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ ملكاً موكل بالقرآن، فمن قرأ منه ‌شيئاً ‌لم ‌يقومه قوَّمَه الملك، ورفعه)) . [السمان في ((مشيخته))، الرافعي، ((الضعيفة)) (3255)، (7121)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesungguhnya ada satu malaikat yang ditugaskan untuk al-Qur’an. Sesiapa yang membaca sesuatu daripadanya (al-Qur'an) yang dia belum mampu perbetulkan, nescaya malaikat tersebut akan perbetulkan dan mengangkatnya. [Riwayat Abu Sa'id al-Samman dalam Mashyakhahnya, Riwayat al-Rafi'i dalam Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3255, 7121].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.