Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ مَلَكًا مُوَكَّلٌ بالقرآنِ، فمن قرأَ منهُ شيئًا لم يقوِّمْهُ، قَوَّمَهُ المَلَكُ ورَفَعَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya ada malaikat yang ditugaskan untuk al-Quran, maka sesiapa yang membaca mana-mana ayat al-Quran yang tidak tepat, malaikat tersebut akan membetulkannya dan mengangkatnya (bacaan orang tersebut kepada Allah dalam keadaan diperbetulkan).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis no. 7393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن ملكا موكل بالقرآن، فمن قرأ منه شيئاً لم يقومه، قومه الملك ورفعه)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3255، 7121)]
(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ada malaikat yang ditugaskan untuk al-Quran, maka sesiapa yang membaca mana-mana ayat al-Quran yang tidak tepat, malaikat tersebut akan membetulkannya dan mengangkatnya (bacaan orang tersebut kepada Allah dalam keadaan diperbetulkan). [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3255, 7121]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman