Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang mana jika seseorang datang lalu meminta

Teks Bahasa Arab

إنَّ من أمَّتي من لو جاءَ أحدُكم فسأله دينارًا لم يعطِه، ولو سألَهُ درْهمًا لم يعطِه، ولو سألَهُ فلسًا لم يعطِه، ولو سألَ اللَّهَ الجنَّةَ لأعطاهُ اللهُ إيَّاها، ذو طمرينِ لا يؤبَهُ لَه، لو أقسمَ على اللَّهِ لأبرَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang mana jika datang seseorang kepada mereka lalu meminta satu dinar daripadanya, dia tidak akan memberinya. Walaupun jika seseorang itu meminta satu dirham daripadanya, dia tidak akan memberinya. Jika seseorang meminta walau satu fils (sejenis mata wang Arab) daripadanya, dia tidak akan memberinya. Sedangkan jika dia meminta syurga daripada Allah, Allah akan memberi syurga kepadanya. Golongan itu ialah orang miskin yang hanya memiliki dua pakaian compang-camping serta tidak diambil endah, tetapi sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, Dia akan menunaikan sumpahnya.

Sahabat Perawi

  1. Thauban RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2045, hadis no. 10293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثوبان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنَّ من أمَّتي من لو جاءَ أحدُكم فسأله دينارًا لم يعطِه، ولو سألَهُ درْهمًا لم يعطِه، ولو سألَهُ فلسًا لم يعطِه، ولو سألَ اللَّهَ الجنَّةَ لأعطاهُ اللهُ إيَّاها، ذو طمرينِ لا يؤبَهُ لَه، لو أقسمَ على اللَّهِ لأبرَّهُ. [طس، ((الضعيفة)) (5535)]

(Lemah) Daripada Thauban RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang mana jika datang seseorang kepada mereka lalu meminta satu dinar daripadanya, dia tidak akan memberinya. Walaupun jika seseorang itu meminta satu dirham daripadanya, dia tidak akan memberinya. Jika seseorang meminta walau satu fils (sejenis mata wang Arab) daripadanya, dia tidak akan memberinya. Sedangkan jika dia meminta syurga daripada Allah, Allah akan memberi syurga kepadanya. Golongan itu ialah orang miskin yang hanya memiliki dua pakaian compang-camping serta tidak diambil endah, tetapi sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, Dia akan menunaikan sumpahnya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5535]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.