Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مِنَ الذُّنُوبِ ذُنُوبًا لَا يُكفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَلَا الصِّيَامُ وَلَا الْحَجُّ وَلَا الْعُمْرَةُ. قَالَ: فَمَا يُكفِّرُهَا يَا رَسُولَ اللهِ؟ قال: الهُمُومُ فِي طَلَبِ الْمَعِيشَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya ada antara dosa-dosa itu, dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan solat mahupun puasa, bahkan haji dan umrah. Beliau bertanya: "Maka apakah yang dapat menghapuskannya wahai Rasulullah SAW?" Baginda pun bersabda: "Kesusahan dalam mencari rezeki."
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis no. 3916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن من الذنوب ذنوباً لا يكفرها الصلاة ولا الصيام ولا الحج ولا العمرة. قال: فما يكفرها يا رسول الله؟ قال: الهموم في طلب المعيشة)). [طس، حل، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (924)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Sesungguhnya ada antara dosa-dosa itu, dosa yang tidak dapat dihapuskan dengan solat mahupun puasa, bahkan haji dan umrah. Beliau bertanya: "Maka apakah yang dapat menghapuskannya wahai Rasulullah SAW?" Baginda pun bersabda: "Kesusahan dalam mencari rezeki." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 924]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman