Sesungguhnya Abu Talib memiliki pertalian darah denganku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لأبي طالب عندي رحما سأبلها ببلالها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Abu Talib memiliki pertalian darah denganku, ssaya akan memberikan hak kekeluargaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1044, hadis nombor 5335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن العاص رضي الله عنهما مرفوعا: إن لأبي طالب عندي رحما سأبلها ببلالها. [السراج في حديثه، الضعيفة (1679)]

(Lemah) Daripada ‘Amr bin al-‘As RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya Abu Talib memiliki pertalian darah denganku, saya akan memberikan hak kekeluargaan. [Riwayat al-Siraj dalam al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1679]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.